PENDAHULUAN
JENIS AYAT | PENANDA WACANA | HURAIAN |
TEMA | Belakangan ini, Marcapada ini, Pada era globalisasi kini, Sejak akhir-akhir ini, | isu pelajar cemerlang semakin hebat diperdebatkan oleh masyarakat kita dalam media massa di seluruh pelusuk negara. |
KUMPULAN SASARAN | Sehubungan dengan itu, Dalam hal ini, Dalam konteks ini, | para pelajar mestilah menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh agar menjadi seorang yang cemerlang. |
BAHASA INDAH | Bak kata peribahasa, Slogan, | kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya |
TUGASAN | Persoalannya, | apakah ciri-ciri seorang pelajar cemerlang yang perlu dihayati oleh para pelajar di negara ini? |
ISI 1: MENUMPUKAN PERHATIAN SEMASA GURU MENGAJAR DI DALAM KELAS
JENIS AYAT | PENANDA WACANA | HURAIAN |
AYAT TOPIK | Pada pendapat saya, Pada pemikiran saya, Pada pandangan saya, | antara ciri pelajar cemerlang ialah menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar di dalam kelas. |
AYAT HURAIAN | Hal ini demikian kerana, | para pelajar akan mudah memahami ilmu yang disampaikan oleh guru- guru semasa belajar di dalam kelas tanpa sebarang gangguan. |
AYAT CONTOH | Sebagai contoh, | kejayaan Nik Nur Madihah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah kerana selalu memberi tumpuan semasa belajar di bilik darjah. |
BAHASA INDAH | Persis kata peribahasa, | hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih sangat sesuai diamalkan oleh para pelajar supaya sentiasa memberi tumpuan semasa belajar. |
AYAT SIMPUL | Tegasnya, | apabila para pelajar menumpukan perhatian kepada pengajaran guru setiap hari sudah pasti mereka akan mudah menguasai ilmu untuk menjadi seorang pelajar cemerlang. |
ISI 2: MEMBUAT ULANGKAJI DAN LATIHAN DI RUMAH
JENIS AYAT | PENANDA WACANA | HURAIAN |
AYAT TOPIK | Selain itu, | membuat ulang kaji dan menyiapkan latihan di rumah juga merupakah salah satu ciri penting seorang pelajar cemerlang. |
AYAT HURAIAN | Saya berpandangan demikian kerana, | langkah ini akan meningkatkan lagi penguasaan para pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. |
AYAT CONTOH | Tamsilnya, | setiap pelajar perlu memperuntukan selama tiga jam sehari untuk melaksanakan ulang kaji di rumah seperti yang pernah disarankan oleh Dr. Fadilah Kamsah seorang pakar motivasi pelajar. |
BAHASA INDAH | Orang tua-tua ada berpesan, | belakang parang kalau diasah lagikan tajam perlu dipraktikkan oleh para pelajar dalam kehidupan seharian mereka. |
AYAT SIMPUL | Jelaslah, | mengulang kaji pelajaran di rumah wajib dilakukan oleh para pelajar untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran. |
ISI 3: RAJIN MEMBACA BUKU
JENIS AYAT | PENANDA WACANA | HURAIAN |
AYAT TOPIK | Di samping itu, | ciri lain sebagai seorang pelajar cemerlang ialah rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti akhbar, majalah dan buku rujukan. |
AYAT HURAIAN | Dalam konteks ini, Dengan ini, Dengan kata lain, | para pelajar akan menjadi lebih matang semasa berhujah dan dapat menjana pelbagai idea yang menepati perkembangan dunia sains dan teknologi kini. |
AYAT CONTOH | Misalnya, | Amalina seorang pelajar cemerlang SPM telah menjadikan kamus dan majalah Siswa sebagai bahan bacaan wajib baginya untuk peperiksaan. |
BAHASA INDAH | Slogan, | membaca jambatan ilmu perlu dipupuk dalam jiwa setiap pelajar untuk menjana generasi berilmu pengetahuan. |
AYAT SIMPUL | Oleh itu, | budaya membaca tidak boleh dipisahkan daripada para pelajar yang bercita-cita untuk menggapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka. |
PENUTUP
JENIS AYAT | PENANDA WACANA | HURAIAN |
AYAT PANDANGAN | Tuntasnya, Intihanya, Walhasilnya, Kesimpulannya, | terdapat banyak ciri pada seseorang pelajar cemerlang yang perlu dimiliki oleh generasi muda pada hari ini. |
AYAT CADANGAN | Sehubungan dengan itu, Perkara ini secara tidak langsung, | semua pihak mestilah komited untuk melahirkan seramai mungkin pelajar-pelajar cemerlang untuk membangunkan negara kita pada masa akan datang. |
BAHASA INDAH | Orang-orang tua ada berpesan, | alang-alang berdakwat biar hitam perlu dihayati para pelajar agar dapat mencapai hasrat murni ini. |
AYAT HARAPAN | Oleh itu, Dengan ini, Hal ini secara tidak langsung, | hasrat Pedana Menteri untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berwibawa akan dapat direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti. |