19 May
KAEDAH PENULISAN ISI

Cara Menulis Karangan Berpandu dan Umum (Fakta)

TEKNIK  BARALISMAK 2
(BACA, RANGKA, TULIS dan SEMAK)


Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pelajar cemerlang. Panjangnya huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG


1. Rajin Membaca
2. Berdisiplin dan menghormati guru-guru, rakan-rakan dan ibu bapa
3. Membuat ulang kaji dan latihan di rumah
4. Menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas


RANGKA KARANGAN:

PENDAHULUAN:


Tema: Pelajar Cemerlang

Kumpulan Sasaran: Para Pelajar


Bahasa Indah:  kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya


Tugasan: Ciri-ciri pelajar cemerlang

ISI-ISI JAWAPAN:


  1. Menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas.
  1. Membuat ulang kaji dan latihan di rumah
  1. Rajin membaca buku

PENUTUP:

AP:   Tuntasnya terdapat banyak / pelbagai ciri yang boleh digunakan untuk menentukan

          kecemerlangan seseorang pelajar dalam pelajaran mereka.

AC:   Sehubungan dengan itu, para pelajar mestilah komited untuk menjadi seorang

          pelajar yang cemerlang dalam pelajaran demi masa depan mereka yang lebih baik

BI :    Orang-orang tua ada berpesan alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal

          lengan haruslah dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita semua.

AH:   Dengan ini, hasrat Pedana Menteri untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan

          berwibawa akan dapat direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.


Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING